Jumat, 28 Februari 2014

KEADILAN bawa bukti akuan bersumpah Lajim Ukin kepada ICAC


PETALING JAYA 11 Dis: KEADILAN hari ini mengemukakan akuan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukin yang menafikan sepenuhnya bahawa Umno Sabah pernah menerima sumbangan RM40 juta seperti didakwa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Surat akuan itu dibekalkan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi tadi sebelum kembali semula ke Hong Kong hari ini.

Katanya, bukti itu akan diserah kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi menggesa badan itu membuka semula siasatan ke atas sumbangan wang tersebut kepada Umno Sabah.
Rafizi berkata, kedudukan Lajim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Badan Perhubungan Umno Sabah sepatutnya menjamin bahawa beliau juga akan dimaklumkan sekiranya ada sumbangan sebesar itu kepada Umno Sabah.

Menurutnya, akuan bersumpah Lajim yang turut menawarkan diri untuk memberi kenyataan termasuklah pengalaman beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam menguruskan pentadbiran konsesi balak di Sabah akan diserahkan kepada ICAC untuk tindakan lanjut.
“Ketiga-tiga bukti ini adalah mencukupi, seperti yang dibincangkan dengan ICAC, untuk membuka semula siasatan terhadap Musa Aman.

“Sekiranya pihak berkuasa Malaysia terus mendiamkan diri dan tidak mengambil tindakan, bukti-bukti ini akan terus tersebar dan melemahkan lagi keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara,” kata Rafizi.
Di bawah adalah akuan bersumpah Lajim (gambar):
Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:
1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;

selengkapnya



Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest